Inilah sikap pemimpin kerajaan Barisan Nasional dalam melakukan kerja mereka. Kenapa perlu mata pelajaran Bahasa Inggeris dijadikan syarat wajib lulus bagi calon SPM untuk mendapat sijil penuh?
Kenapa Kerajaan BN tidak cuba untuk menaikan martabat Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ke tahap antarabangsa?
Alangkah bangganya kita rakyat Malaysia melihat bahasa kita menjadi salah satu bahasa yang sering digunakan oleh orang lain diserata dunia!
Menteri di Kementerian Pelajaran semalam telah mencadangkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah dan diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.
Walau bagaimanapun beliau mahukan maklum balas daripada orang ramai untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Adakah manusia itu gagal dalam kehidupannya jika dia tidak mahir berbahasa Inggeris?
Recent Comments