Manohara Odelia Pinot membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan, berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Manohara ataupun Cik Puan Temenggong Kelantan itu, membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta semalam, lapor akhbar Surya hari ini.
Peguamnya Hotman Paris Hutapea berkata, Manohara juga membuat laporan terhadap kapten pesawat peribadi telah melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu, kenalan dekat suaminya Mohd Soberi Shafii dan seorang pengawal peribadi yang dituduh memukulnya dalam pesawat tersebut.
Peguam itu berkata kelapan-lapan itu ingin dituntut disiasat menurut Seksyen 285 Kitab Undang-undang Hukum Pidana berhubung kesalahan penganiayaan dan penculikan.
Beliau juga bercadang membawa kelapan-lapan nama itu bawah Seksyen 333 kitab undang-undang jenayah itu, yakni kesalahan menyekat kebebasan orang lain.
Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.
Manohara juga menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media, kesan luka pada dadanya, termasuk dekat dengan payudaranya.
Sementara ahli forensik Dr Abdul Mun’im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu juga mengesahkan wujud kesan luka, termasuk kesan yang “masih baru”, lapor agensi berita AFP semalam.
Istana Kelantan dengan rasmi menganggap dakwaan Manohara ini sebagai krisis rumahtanggan pasangan diraja itu, sementara Mohd Soberi bertegas menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.
petikan:Surya
Filed under: Krisis Rumahtangga, Manohara, Sultan Kelantan


Recent Comments