
Saiful bimbang peguam Anwar mohon bahan bukti ...
Pendakwa raya dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim tidak professional dan bertindak tanpa etika apabila enggan menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan bagi membolehkan Anwar membuat persiapan membela dirinya, kata peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Sankara Nair berkata segala bahan yang diminta adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hak Anwar sebagai pihak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan adil.
Perbicaraan itu akan bermula 1 Julai depan, namun pasukan peguam Anwar masih belum mendapat bahan seperti contoh DNA dan dokumen tertentu untuk diperinci sebelum mahkamah bersidang.
“Selagi pihak pendakwa raya tidak memberikan kami dokumen dan bahan berkenaan dalam tempoh yang sesuai, pasukan peguam Anwar tidak mungkin dapat menyediakan pembelaan terbaik, yang seharusnya menjadi hak beliau,” Sankara berkata.
Anwar hari ini terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.
Dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.
Pihak pendakwa raya juga gagal menyerahkan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya. Read the rest of this entry »
Filed under: Anwar Ibrahim, Kes Liwat, Saiful Bukhari
Recent Comments